Jumaat, 28 Julai 2017

Bagaimana 'Blockchain' Bakal Mengubah Landskap & Transaksi Perniagaan


Teknologi yang mula diperkenalkan hampir sedekad lalu kini mula mencuri perhatian ramai setelah matawang yang tersedia dalam sistemnya iaitu bitcoin mula melonjak tinggi. Maka tidak hairanlah carian di laman web google mengenai blockchain sahaja meningkat hampir 2000% sejak beberapa tahun lepas.

Adakah blockchain dan bitcoin merupakan perkara yang sama? Berikut merupakan kupasan kami mengenai kedua-dua terma ini dan bagaimana blockchain bakal mengubah cara pengguna melakukan transaksi serta menguntungkan pelbagai pihak khususnya para peniaga.

Ada apa dengan Blockchain?


Blockchain merupakan sistem lejar elektronik awam yang menyimpan database data para pengguna. Data ini meliputi segala aspek termasuk maklumat individu, status kewangan, status kesihatan dan sebagainya. Setiap rekod ini disimpan secara rapi dan cuma beberapa pihak sahaja yang mampu mengaksesnya.

Contohnya, pihak hospital berpeluang untuk mengakses rekod kesihatan anda manakala pihak bank pula mempunyai akses untuk status kewangan anda.

Bagi menjadikan sistem ini lebih sistematik, segala industri ini berkongsi pangkalan data yang sama bagi mengelakkan daripada sebarang kecelaruan maklumat. Setakat ini anda mungkin sudah mempunyai gambaran sedikit sebanyak mengenai blockchain.

Bitcoin pula merujuk kepada matawang digital yang beroperasi dibawah sistem blockchain. Matawang digital menjadi perantara buat para pengguna dalam melakukan urusan transaksi secara terus dan selamat menerusi sistemnya.


Bagaimanakah urusan transaksi berlaku?


Penggunaan matawang yang sama secara tidak langsung membolehkan urusan pemindahan wang ini berlaku dengan pantas tanpa perlu pengesahan pihak ketiga sepertimana yang dilakukan pihak bank.

Kos transaksi pemindahan wang (meskipun ke negara yang lain) juga sudah pastinya lebih rendah berbanding transaksi di bank. Method pemindahan wang yang encrypted antara sebab membuatkan orang ramai lebih percaya untuk melakukan transaksi melalui sistem blockchain. Buat para peniaga, mungkin ini merupakan salah satu sebab anda boleh mula berjinak dengan sistem berteknologi tinggi ini.

Adakah blockchain cuma tertakluk kepada bitcoin semata-mata?


Meskipun matawang crytocurrency bitcoin sering dikaitkan bersama blockchain, sebenarnya terdapat beberapa lagi crytocurrency lain turut diperdagangkan seperti Litecoin (LTC), Ethereum (ETH), Zcash (ZEC) dan sebagainya. Walaubagaimanapun, Bitcoin (BTC) dan Litecoin (LTC) antara terpopular ketika ini.

Mengapa blockchain masih belum menjadi pilihan ramai?


Penggunaan sistem decentralized mungkin bakal memudahkan orang ramai berikutan ketiadaan administrator atau pemantau. Tetapi, blockchain juga mungkin memakan diri sekiranya sistem yang dibina ini berjaya diceroboh penggodam. Selain itu, terdapat penganalisa komputer yang berpendapat blockchain bukanlah solusi paling selamat.

Masalah ini menjadi lebih rumit selepas dikatakan individu terawal yang memperkenalkan sistem melibatkan blockchain ini menyimpan lebih 1 juta bitcoin yang bersamaan dengan $1.1 juta (~RM4.72 juta) sekaligus memperlihatkan sistem ini seolah tidak lebih sekadar skim Ponzi besar-besaran.

Walaubagaimanapun, setakat tiada bukti kukuh mengesahkan sistem ini merupakan skim Ponzi. Penggodam juga masih belum berjaya menggodam sistem ini berikutan ciri keselamatan yang ada padanya.

Bagaimana blockchain dapat memanfaatkan para peniaga


Meskipun sudah hampir sedekad dilancarkan, teknologi ini boleh dikatakan masih baru berdasarkan kadar penggunaan orang ramai lebih-lebih lagi apabila melibatkan peniaga tempatan.

Berdasarkan kajian yang dibuat, tidak mustahil untuk melihat sistem yang berteknologi tinggi ini bakal mengambil alih urusan pemindahan wang serta percukaian tidak lama lagi.

Khamis, 27 Julai 2017

Tips Bersaing Cara Sihat Dalam Bisnes


Kecanggihan gadget tidak dipersiakan apabila ramai individu termasuk pelajar dan suri rumah, tak kurang juga mereka yang mempunyai kerjaya menfaatkan setiap media sosial sebagai medium mempromosikan perniagaan online mereka. Pelbagai produk dari hujung rambut ke hujung kaki termasuk makanan, namakan saja pasti ada. Ada yang memulakan perniagaan online untuk mencari duit poket, untuk menambah pendapatan dan ada juga yang mengambil risiko untuk berhenti kerja demi melakukan perniagaan sepenuh masa. Tetapi dengan lambakan perniagaan online ini, dapatkah mereka bersaing?

STRATEGI PERMASARAN YANG EFEKTIF

Jika anda menjual pakaian, tudung dan beg tangan sudah tentu perniagaan ini sudah berlambak tumbuh bak cen4dawan selepas hujan tapi dengan cara permasaran yang efektif akan membuat anda memperoleh potential buyers yang banyak seperti bertukar review di Instagram atau membayar selebriti untuk mempromosi akaun Instagram perniagaan anda. Ramai sebenarnya artis yang melakukan service ini dan ianya ternyata berkesan kerana selebriti mempunyai peminat dan pengaruh mereka yang tersendiri. Selain itu, banyak juga akaun perniagaan ini membuat sale apabila tiba musim perayaan bagi menaikan peratusan jualan mereka. Bagi yang terlibat dalam perniagan berkaitan fesyen ini mereka juga perlu peka dengan trend terkini kerana pembeli sememangnya mengikuti perkembangan fesyen dan ingin kekal up-to-date.

IDEA YANG SEGAR
Sebegai pembeli dan peniaga sendiri, anda sudah tentu mahukan sesuatu yang berbeza maka tak hairan lah kalau ada yang menjual makanan laut segar seperti udang karang atau lobster melalui Facebook seperti Lubuk Lobster yang turut mendapat liputan meluas dari program tv kerana kelainannya. Lobster segar diimport dari Australia dan mereka juga melakukan service penghantaran untuk menjamin lobster yang dihantar kepada pelanggan adalah segar. Selain itu juga terdapat peniaga yang mengusahakan perniagaan aiskrim di Instagram dikenali sebagai Pops Malaya. Kelainan yang ditampilkan dari Pops Malaya juga turut menarik pihak media untuk membuat liputan. Dihasil mengunakan jus buah buahan segar, pelbagai perisa, kurang manis dan tanpa pengawet sudah tentu sekali berita baik bagi peminat aiskrim. Kini Pops Malaya juga menjadi vendor di pelbagai butik online untuk meluaskan lagi perniagaan mereka.


KUALITI SERVICE YANG MESRA DAN TELUS

Walaupun barangan yang dijual adalah trendy, bilangan followers yang ramai juga tak menjamin kenaikkan jualan yang jika penjual online ini tak memberikan layanan hanya memastikan beberapa perkara sebelum urusan jual beli dibuat. Tak kurang ada juga peniaga  yang memarahi pelanggan kerana bertanyakan soalan. Mungkin perkara begini nampak remeh tetapi pembeli yang mendapat layanan mesra mungkin saja menjadi pelanggan setia anda dan menyebarkan mutu perkhidmatan anda yang baik kepada kawan kawan mereka. Kita faham, ada kalanya peniaga mungkin penat melayan kerenah pembeli yang mengajukan pelbagai soalan tapi ingat lah peniagaan ini adalah pintu rezeki dan pembeli anda itu lah punca rezeki anda jadi tak salah sekiranya mereka mendapat layanan yang baik.yang mesra kepada pembeli mereka. Ada juga pembeli yang berang apabila dibeli layanan dingin oleh peniaga sedangkan mereka.

Bisnes Ayam Pasu Jadi Tular, Guru Agama Letak Jawatan


Kegigihan seorang bekas guru agama mencari rezeki dengan mengusahakan perniagaan ayam pasu sejak Ramadan lalu, mendapat perhatian ramai terutama di media sosial.

Mohd Azam Hussin, 42, berkata, dia tidak menyangka percubaan pertama menjualayam pasu mendapat sambutan luar biasa apabila 30 ekor ayam habis dalam masa sejam.

Dia yang berniaga di Simpang Tiga Parit Kasim, di sini mengakui tidak cukup tangan memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat saban hari.

“Jumlah jualan ayam pasu bertambah sehingga sekarang mencecah hampir 200 ekor. Tak sangka, ayam pasu digemari orang Pontian sehingga kami susah nak cuti raya.

“Ramai yang meluahkan rasa kecewa di Facebook sebab tak dapat makan ayam pasu ketika Ramadan. Jadi kami teruskan berniaga ayam pasu sehingga hari ini,” katanya.


Menurut Mohd Azam, keunikan ayam pasu bukan sekadar pasu seramik yang digunakan, tetapi rempah hasil air tangannya memberikan rasa istimewa.

Tambahnya, di Pontian belum pernah lagi orang membakar ayam di dalam pasu kerana kebanyakannya menjual ayam golek atau ayam percik.

“Ayam pasu pernah mencetuskan fenomena sehingga menjadi tular di media sosial. Kaedah membakar ayam dalam pasu ini terkenal di negeri sebelah utara.

“Jadi saya dapat inspirasi untuk memulakan perniagaan ayam pasu pada Ramadan lalu. Percubaan menggunakan resipi sendiri amat berbaloi,” katanya.


Mohd Azam berkata, hanya arang dari pokok bakau digunakan bagi menghasilkan ayam yang garing.

“Ayam yang diletakkan di dalam pasu seramik, masak sekata dan menghasilkan isi yang lembut.

“Tidak hairanlah ayam pasu di sini digelar ayam pasu emas kerana warna kulit ayam yang garing,” katanya.


Nyata keputusan berhenti kerja sebagai guru agama yang dibuat Mohd Azam tidak sia-sia, malah dia kini boleh berbangga dengan hasil titik peluhnya.

“Sudah 16 tahun saya bergelar guru agama di Pontian. Sekolah Agama Kampung Parit Selangor menjadi tempat terakhir mengajar sebelum saya berhenti kerja pada tahun lepas.

“Alhamdulillah rezeki jual ayam pasu menyebelahi saya. Terima kasih orang Pontian kerana sentiasa menyokong perniagaan ayam pasu,” katanya.

Lebih membanggakan lagi, Mohd Azam yang dibantu 12 pekerja kini sudah membuka cawangan ayam pasu di Desa Rakyat Pasir Gudang dan bakal membuka sebuah lagi cawangan di Parit Raja Batu Pahat.


Rabu, 26 Julai 2017

Tips Memilih Nama Perniagaan


Nama diperlukan untuk membezakan identiti sesuatu benda daripada benda lain. Demikian juga halnya dalam dunia perniagaan. Seorang usahawan harus memilih nama produknya supaya ia dikenali dan dibezakan daripada para pesaingnya. Para pengusaha seringkali pening memikirkan nama untuk bisnes atau produknya.
Ini adalah beberapa tips dalam memilih nama untuk produk atau perniagaan anda.

1. Relevan
Carilah nama yang mempunyai kaitan dengan perniagaan anda. Ramai yang memilih nama yang mewakilkan bidang atau tujuan perniagaan mereka. Selain membuatkan pengguna lebih mudah mengingati bidang perusahaan tersebut, anda juga tidak perlu menerangkan dengan panjang lebar tentang perniagaan yang anda lakukan. Singapore Airlines adalah salah satu contohnya.

2. Catchy
Selain daripada ciri di atas, anda juga boleh memilih nama yang dapat menarik perhatian para pengguna apabila mendengarnya. Pilihlah nama yang senang disebut dan sedap didengar. Jenama boleh menjadi buah mulut kerana keunikan namanya. Contohnya, Yahoo! dan Waze. Kreatiflah dalam memberi nama jenama mengikut naluri anda dan pastikan pengguna juga akan menyukainya.

3. Nama Sendiri
Mungkin terlintas dalam fikiran anda ungkapan ‘nama membawa tuah’. Jangan malu untuk menggunakan nama sendiri untuk perniagaan anda. Ini juga soal personal branding. Anda juga boleh menggunakan akronim yang lebih mudah diingati. Sebagai contoh, Hewlett-Packard adalah nama panjang HP.

4. KISS: Keep It Short and Simple
Kaedah KISS sangat penting untuk diterapkan. Jangan pilih nama yang terlalu panjang, apatah lagi yang susah disebut. Anda boleh mencipta nama yang unik, tetapi tidak terlalu abstrak. Ini kerana nama abstrak mungkin menyebabkan reaksi kurang baik. Pastikan pengguna tidak perlu banyak berfikir untuk boleh menyebut atau mengingatnya.

Setelah memilih nama yang tepat untuk produk anda, jangan lupa cari nama tersebut dalam mesin carian. Pastikan anda tidak menggunakan nama yang sudah digunakan orang lain. Ini penting bagi memastikan anda tidak terjerumus dalam masalah hak cipta atau serupanya.

Tips Memilih Perniagaan Dari Rumah

Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang boleh dijalankan dari rumah dan peluang yang banyak ini dapat dimanfaatkan sekiranya anda berhasrat untuk memulakan perniagaan dari rumah sendiri. Kadang kala agak sukar untuk memilih perniagaan yang sesuai dengan diri kita. Menjalankan perniagaan dari rumah merupakan cara terbaik untuk mendapat pendapatan sampingan di masa lapang, tanpa perlu mengorbankan waktu bersama keluarga tercinta.
Ramai yang berpendapat bahawa perniagaan dari rumah tidak dapat menjana keuntungan yang besar, lebih-lebih lagi perniagaan bermodal kecil. Tetapi saya tidak bersetuju dengan hal ini kerana ramai yang menjalankan perniagaan bermodal kecil telah berjaya memperolehi keuntungan besar dan menjadikannya pendapatan pasif, malah bukan sekadar pendapatan sampingan. Dengan memilih perniagaan yang tepat, mempunyai pengetahuan yang cukup, usaha yang gigih dan tekun, serta fokus dalam perniagaan, tidak mustahil untuk kita berjaya dalam menjalankan perniagaan dari rumah.
Berikut adalah beberapa tips untuk anda yang ingin memulakan perniagaan dari rumah:
• Pilih perniagaan yang mempunyai prospek yang cerah
Apabila memilih jenis perniagaan yang hendak diceburi, sudah pasti kita mahukan prospek yang cerah. Jika sesuatu perniagaan tidak mempunyai prospek yang baik, ia akan mendatangkan kerugian. Kita harus memilih perniagaan yang mempunyai prospek yang baik.
• Pilih perniagaan yang mampu bertahan
Apabila memilih jenis perniagaan yang hendak diceburi, kita harus menilai potensi perniagaan tersebut, sama ada ianya berpotensi untuk tahan lama atau tidak. Sudah tentu kita mahukan perniagaan yang boleh bertahan untuk jangka masa yang lama demi masa depan kita dan keluarga.
• Pilih bentuk perniagaan yang sesuai dengan minat anda
Memilih perniagaan bedasarkan minat kita akan mempengaruhi keberhasilan perniagaan yang bakal anda jalankan. Ini kerana anda akan lebih bersemangat apabila menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan minat anda.
• Pilih perniagaan yang berpotensi menjana keuntungan yang besar
Terdapat banyak peluang perniagaan dari rumah yang ada, sehinggakan anda perlu pilihan dengan lebih teliti dan bijak. Walaupun perniagaan tersebut dijalankan dari rumah, ia juga seharusnya dapat menjana keuntungan yang besar untuk anda.
• Pilih perniagaan yang mudah untuk dijalankan
Jangan pilih perniagaan yang rumit. Pilihlah perniagaan yang mudah dijalankan dan mudah untuk difahami oleh orang ramai, sehinggakan anggota keluarga lain juga dapat membantu anda tanpa perlu banyak belajar. Contohnya, penjualan produk secara online. Anda boleh menjual produk secara online. Melalui perniagaan online, anda dapat berhubung dengan pelanggan dari semua tempat tanpa perlu meninggalkan rumah dan keluarga. Tambahan lagi, anda mampu menjangkau pasaran yang meluas sehingga ke seluruh negara.
• Pilih perniagaan yang tidak memakan banyak masa
Jika anda menjalankan perniagaan dari rumah yang dijalankan di waktu lapang sebagai punca pendapatan tambahan, maka anda harus memilih perniagaan yang tidak memakan banyak masa sehingga mengganggu waktu pekerjaan utama anda.
Demikianlah beberapa tips untuk membantu anda memilih perniagaan dari rumah yang sesuai untuk diri anda. Semoga maklumat ini berguna dan dapat membantu anda menentukan perniagaan yang bakal anda jalankan.

Tips Bisnes Kecantikan Online


Seiring dengan kemajuan dunia pada masa kini, kos sara hidup juga dilihat semakin meningkat naik. Kos yang tinggi itu kadangkala menjadikan kita bekerja bukan untuk meneruskan kehidupan tetapi kita hidup untuk bekerja bagi menanggung kos hidup dan juga membayar segala hutang yang tertunggak. Oleh itu, ramai yang mula mencari tambahan dengan melakukan perniagaan melalui Internet/secara online.

Kos operasi yang rendah dan potensi keuntungan yang lumayan menjadi sebab utama ramai orang memilih perniagaan internet untuk mencari sumber pendapatan tambahan. Selain itu, anda juga tidak memerlukan kedai ‘fizikal’ dan ini membolehkan anda berniaga di mana-mana sahaja tanpa perlu menyewa kedai. Anda juga tidak perlu bersemuka dengan pelanggan, tetapi hanya perlu berhubung dengan mereka melalui medium-medium sosial seperti Facebook, Emel, Twitter dan lain-lain lagi. Tambahan pula, perniagaan internet ini boleh dijalankan dari rumah dan hal ini secara tidak langsung membolehkan anda bersama keluarga tersayang setiap hari.

Sebelum anda ingin memulakan perniagaan internet, anda perlu tahu apa yang anda ingin niagakan, potensi perniagaan tersebut, dan yang paling penting, berapa jumlah modal yang anda sanggup keluarkan. Semua ini perlu diambil kira untuk memastikan perniagaan internet anda berjalan dengan lancar. Jika kita tinjau pasaran sedia ada, kuasa membeli-belah di dunia pada masa kini didominasi oleh wanita. Wanita gemarkan sesuatu yang boleh membuatkan mereka menjadi cantik dan boleh didapati dengan mudah. Oleh itu, perniagaan internet yang sesuai untuk anda jalankan bagi memenuhi kehendak wanita di luar sana tentunya adalah perniagaan produk kecantikan/kosmetik!

Bagaimana nak bermula?

Buat sendiri produk anda dan jenamakan
Jika anda seorang yang kreatif dan inovatif, langkah ini sangat sesuai untuk anda. Cuba gunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling anda dan gabungkan bahan-bahan tersebut menjadi satu produk baru.

Contoh: Anda boleh hasilkan ‘mask’ muka anda sendiri yang diperbuat daripada oat, madu dan herba, kemudian jual secara online. Pada peringkat permulaan, mungkin anda boleh promosikan kepada keluarga atau sahabat rapat. Jika respon yang diterima memberangsangkan, tidak mustahil untuk produk di atas jenama anda sendiri ini bakal diterima di seluruh negara pula.

Jadi pengedar sah kepada produk kecantikan yang sedia ada di pasaran
Syarikat kecantikan atau kosmetik yang sedia ada di pasaran selalunya akan mencari dealer sah atau stokis untuk produk mereka bagi memenuhi permintaan pelanggan yang datang dari seluruh negara. Inilah peluang keemasan yang tidak boleh anda lepaskan. Anda boleh cuba hubungi mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti modal yang perlu dikeluarkan dan lain-lain lagi. Selepas itu, mula iklankan perkhidmatan secara online. Jangan risau tentang pelanggan, kerana jika kita menjual produk yang sudah mempunyai nama di pasaran, pasti akan ada pelanggan yang membelinya kerana nilai ‘customer loyalty’ sudah ada pada produk tersebut.

Contoh: Syarikat D’Herbs yang dimiliki oleh Datuk Aliff Syukri mempunyai beratus rangkaian stokis dan dealer sah yang memasarkan produknya sama ada di atas talian mahupun secara terus(kedai).

Agen dropship
Selain daripada aktiviti jualan secara terus (kedai), terdapat banyak produk kecantikan yang sudah laris di pasaran menawarkan khidmat dropship kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan. Apa yang menariknya jika anda menjadi seorang agen dropship adalah yuran yang dikenakan sangat rendah dan kadangkala percuma. Malah, anda juga tidak perlu mengendalikan urusan penghantaran dan penyimpanan stok. Anda hanya perlu promosikan sahaja produk dropship anda di medium-medium sosial yang anda miliki dan bersedia menikmati keuntungan di atas setiap ‘order’ yang anda terima.

Contoh: Kedai online popular WJPHOUSE Online Shop Beauty & Health yang dimiliki oleh Noorain bt Seman membuka peluang kepada sesiapa yang ingin menjadi Agen Dropship mereka dengan yuran pendaftaran hanya RM20. Antara kelebihan yang bakal diterima antaranya adalah mendapat harga yang jauh lebih murah daripada pelanggan biasa dan menjual produk tanpa perlu menyimpan stok.

Cara pemasaran dan medium pembayaran
Maksimumkan penggunaan media sosial yang anda miliki untuk mempromosikan produk anda. Cipta ‘page’ produk anda di Facebook dan ‘invite’ semua rakan Facebook anda. Jangan lupa untuk kongsikan testimoni produk anda. Hal ini akan menambahkan keyakinan pelanggan untuk membeli produk anda. Harus diingat, jika anda ‘upload’ gambar produk anda, jangan lupa untuk sertakan maklumat mengenai produk tersebut. Pelanggan akan mudah tawar hati untuk membeli apabila tiada maklumat yang boleh didapati pada gambar tersebut. Jika anda mempunyai kepakaran yang lebih berkaitan IT, anda boleh cipta website untuk kegunaan perniagaan anda. Anda boleh jadikan website tersebut dalam bentuk blog mahupun shopping cart. Yang paling penting, pastikannya menarik, unik, dan senang untuk diingati oleh pelanggan.

Bagi medium pembayaran, anda perlu tentukan sama ada untuk menerima bayaran melalui kad kredit, ‘online transfer’, dan lain-lain lagi. Untuk memaksimumkan keuntungan anda, adakan semua pilihan medium pembayaran yang ada agar pelanggan tidak punya alasan lagi untuk membeli produk anda!

Tips ringkas
Jangan malu untuk memulakan perniagaan anda sekecil yang mungkin. Jangan laburkan wang yang terlalu banyak pada peringkat permulaan, dan jika anda menggunakan kemudahan pinjaman bank untuk memulakan perniagaan, anda akan berada di dalam situasi tertekan dengan bebanan hutang. Fokus anda bukan lagi untuk mengembangkan perniagaan sebaliknya membayar hutang. Selain itu, jangan malu untuk menerima kritikan dan sentiasa bersedia untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

5 Tahap Evolusi Usahawan

Sebut mengenai usahawan, pasti kita terbayangkan peniaga yang bersama kereta besar dan bisnes yang stabil, sudah mempunyai banyak cawangan dan berjaya. Tetapi sebenarnya banyak tahap yang perlu
ditempuhi sebelum usahawan mencapai tahap itu. Berikut adalah stage atau tahap usahawan yang perlu dilalui:


1. BEGINNER
Biasanya beginner adalah orang yang masih bekerja dan mahu menjana pendapatan sampingan. 

Level ini agak mencabar keimanan seseorang usahawan kerana perlu membahagi kepada dua komitmen. Dengan ilmu yang tidak mencukupi dan semangat mudah luntur, banyak usahawan tersungkur dijalan ini. Bak kata pepatah, hangat-hangat tahi ayam.

Ada yang mulakan dengan menjadi agen dropship atau bekerja dibawah orang lain. Tengok dan perhatikan cara orang lain bekerja, ianya pengalaman yang sangat berharga dan berguna.

Terdapat juga yang masih tercari-cari pekerjaan atau yang mengisi masa menganggur dengan berniaga.

Level beginner inilah masa untuk mendapatkan kaedah pemasaran, strategi bisnes, cara mendekati pelanggan dan networking. Cara inilah lebih berkesan untuk menimba ilmu, melalui pengalaman bekerja dengan orang lain atau persendirian.


2. PEMILIK TUNGGAL
Tahap seterusnya adalah pemilik pensendirian. Selepas lepas tahap beginner, usahawan mula mahu mendaftar nama syarikat sendiri secara sah dan kini mula mahu serius, bukan main-main dan memberikan komitmen sepenuhnya. Semua benda dibuat sendiri daripada memikirkan barang yang mahu dijual, cara marketing dan berhubung dengan pelanggan semua dilakukan berseorangan.


3. BOS
Seterusnya setelah bisnes semakin baik, usahawan mula mahukan pembantu kerana tidak menang tangan. Pembantu akan mengikut arahan bos tetapi bos tidak mencurahkan sepenuh kepercayaan kepada pekerjanya. Semuanya akan dipantau oleh si bos. 

Tanggungjawab bos kini bertambah, perlu memikirkan hal ehwal pekerja, pengurusan pekerja dan seimbangkan antara sales dengan production.

Bos perlulah menjadi leader yang bagus dan tunjukkan role model yang boleh dicontohi.


4. CEO
Di level ini ceo mula menyerahkan tugas-tugas dan kepercayaan kepada orang bawahnya. Meeting biasanya dilakukan seminggu sekali atau sebulan sekali bagi memantau. Mereka kini tidak lagi secara direct menjalankan perniagaan, tetapi memikirkan mula memikirkan untuk menambah francais dan cawangan bagi mengembangkan perniagaan. 

Mereka memikirkan risiko mendatang, melakukan pelaburan dalam bisnes lain dan perancangan masa hadapan syarikat.


5. KORPORAT
Ini tahap tertinggi untuk CEO atau president syarikat akan ambil peluang dan melakukan pelaburan yang tinggi. 

Mereka tidak lagi memikirkan hal-hal yang kecil tetapi merangka masa depan syarikat bertahun-tahun kehadapan. Peluang yang ada untuk akan diambil walau risikonya besar. Menjual dan membeli bisnes bukan lagi asing bagi tahap korporat.

Statistik Mengejutkan: Cashflow Punca Utama Kegagalan Sesebuah Perniagaan

Cashflow seringkali menjadi masalah utama dalam perniagaan. Namun begitu, ramai peniaga tidak menyedari atau kurang prihatin terhadap perkara ini. Kajian mendapati bahawa 8 dalam 10 peniaga lebih mementingkan untung berbanding cashflow. Adakah anda salah seorang daripada mereka?

Terdapat banyak kisah haru tentang perniagaan yang gagal akibat pengabaian cashflow. Yang menyedihkan lagi, banyak perniagaan-perniagaan yang gagal ini berpotensi menjana keuntungan tetapi terpaksa ditutup kerana ketiadaan atau kekurangan wang tunai untuk terus beroperasi.  Semudah itu masalahnya!

Sahabat usahawan, apa yang dapat kita pelajari dari perkara di atas? Keuntungan tidak sama dengan wang tunai (untung ≠ wang tunai)! Wang tunai diperlukan oleh sesebuah perniagaan untuk operasi harian, bukannya untung.

Jika kamu masih ragu-ragu dan bukan niat saya untuk menakut-nakutkan anda, berikut adalah beberapa fakta dan statistik yang membuktikan betapa pentingnya pengurusan cashflow dalam perniagaan anda:

1. CB Insights: “ran out of cash” atau kehabisan wang tunai adalah penyebab utama mengapa perniagaan start-up gagal.
CB Insights, sebuah organisasi pengkaji terkemuka di Amerika Syarikat melaporkan dalam CNBC.com berkenaan kajian masalah-masalah yang dihadapi oleh perniagaan-perniagaan yang telah gagal. Para pengusaha perniagaan yang turut serta diminta membuat senarai 20 masalah yang menyebabkan kegagalan perniagaan mereka. Hasil kajian CB Insights mendapati bahawa isu “ran out of cash” atau “kehabisan wang tunai” merupakan faktor kedua utama daripada 20 faktor-faktor kegagalan.

2. Dragon’s Den CBC News: Cashflow adalah cabaran terbesar dalam perniagaan SME (Small and Medium Enterprise)
Dragon’s Den merupakan sebuah rancangan realiti TV tentang keusahawanan yang popular kerana pemaparan situasi bisnes sebenar dengan menampilkan fakta-fakta tanpa berselindung. Dalam perbualan dengan Dragon’s Den pada 19 Oktober 2011 melalui CBC News, salah satu soalan yang ditanyakan kepada ribuan usahawan yang menyertainya adalah, apakah cabaran terbesar anda dalam berniaga?

Secara amnya, para usahawan tersebut mengatakan bahawa cashflow merupakan cabaran bisnis terbesar yang mereka hadapi (51%), diikuti oleh pemasaran (21%), pengurusan pekerja (10%) dan cabaran terakhir adalah keseimbangan kerja-kehidupan (work-leisure)/keluarga (18%).

3. Simply Cash Flow Limited: 51% peniaga SME mengatakan bahawa cashflow merupakan cabaran terbesar dalam perniagaan dan kegagalan SME yang disebabkan oleh cashflow mencapai 80%
Hasil kompilasi pelbagai kajian oleh simplycashflow.com (blog pengurusan perniagaan terkemuka di UK) berkenaan SME di pelbagai negara mendapati bahawa cashflow merupakan masalah utama perniagaan di pelbagai negara termasuk Kanada (51%), Ireland (32%), UK (41%) dan USA (28%). Kajian ini menyimpulkan bahawa 80% SME di UK, 66%% di New Zealand dan 61% di Australia gagal kerana isu cashflow.

4. Kajian US Bank: 82% perniagaan gagal kerana kelemahan dalam pengurusan wang tunai 
Sebuah kajian yng dijalankan oleh Jessie Hagen dari US Bank berkenaan kegagalan perniagaan dari aspek NPL (non-performing loan) yang dialami banyak perniagaan pelbagai sektor, telah menyenaraikan 12 punca utama kegagalan. Penyumbang terbesar kegagalan adalah kelemahan dalam pengurusan cashflow, iaitu 82%

Dengan pemahaman terhadap fakta-fakta di atas, para peniaga harus memberi perhatian terhadap tentang cashflow perniagaan mereka, membuat perancangan cashflow, dan mengambil tindakan segera untuk menangani masalah cashflow yang ada. Cashflow ibarat darah dalam perniagaan. Jadi titikberatkan cashflow supaya perniagaan semakin maju dan berkembang.

Usahawan Ini Pernah Gagal 300 Kali

Pernah ditolak atau gagal sekali atau dua kali dalam perniagaan? Usahawan berjaya ini pernah ditolak sebanyak 300 kali dan beliau tetap tidak mengalah sehingga berjaya. Pandora merupakan aplikasi saranan muzik online yang dilancarkan sejurus sebelum terletusnya dot-com bubble pada bulan March 2000, sewaktu krisis yang melihat banyak perusahaan online ditutup. Walaupun ketika ini Pandora merupakan penyedia servis muzik digital yang paling berjaya di dunia, kisah kejayaan Pandora tidak berlaku dalam masa sehari. Menurut Tim Westergren, salah seorang pengasasnya dan CSO perniagaan tersebut, pada mulanya ketika Pandora dikenali sebagai Savage Beast Technologies, para pengasasnya menghabiskan lebih daripada empat tahun bekerja keras tetapi sentiasa menemui kegagalan.
“Kami gagal dan gagal. Seumpama kaki judi yang berjalan keluar dari kasino dengan seluar dalamnya.”
Jadi apakah tindakan Tim Westergren dan perusahaannya yang baru bermula ketika itu?
Sebelum nasib berubah, empat tahun berlalu dengan pantas.
“Kami terus menrus melakukan perubahan untuk menjadi semakin bagus selama beberapa tahun, ” kata Westergren. ” Kami hanya berpegang erat dengan nyawa kami. Wang kami habis selepas setahun berlalu dan kami bekerja tanpa ganjaran.”
Beliau mengatakan bahawa demi mempertahankan perniagaan pada tahun-tahun awal, para pekerja bertahan hanya dengan “rasa tanggung jawab dan kepercayaan di antara satu sama lain.”
Pada saat inilah para eksekutif harus mempunyai kebolehan memberi motivasi kepada pekerja mereka dengan semangat bisnes yang kuat. Ketika itu, nasib mereka di hujung tanduk. Mereka telah memaksimumkan penggunaan 11 kad kredit, mengumpul hutang peribadi sebanyak $500,000 dan hampir-hampir diusir. Bagi mencukupkan modal, Westergern bekerja tanpa gaji dan meyakinkan pekerja yang lain mengikut jejak langkahnya. 50 orang pekerja syarikat bekerja selama beberapa tahun tanpa gaji. Lima di antara mereka kemudian memegang syarikat. Westergren ingat bahawa beliau pernah memohon pelaburan daripada para pelabur dan venture capital sebanyak 348 kali tanpa hasil ketika zaman kegelapan itu. Ini kerana ketika itu para pelabur lebih berhati-hati dalam memberi komitmen setelah letusan dot-com bubble dan kerana industri muzik online yang tidak stabil.
Ketika itu, isteri Westergren turut menggesa beliau untuk berhenti daripada menjadi usahawan. Ini merupakan nasihat terbaik yang pernah beliau terima.
“Sebagai usahawan, seseorang akan selalu meminjam wang, kecualilah seseorang amat bernasib baik,” kesimpulan beliau.
Nasib berubah pada tahun kelima. Pada tahun 2004, hanya berbekal kecekalan, Pandora berjaya mengumpul dana $9 juta di bawah pimpinan Pengarah Urusan Walden Venture Capital, Larry Marcus. Marcus sendiri merupakan seorang ahli muzik yang pernah menolak Westergren sebanyak lima kali. Sehari setelah berjaya mendapat dana, pihak pengurusan mengadakan mesyuarat besar. Mereka memulakan mesyuarat dengan membahagikan sampul berisi $100 kepada para pekerja yang tinggal kemudian mengagihkan pembayaran berjumlah $1,500,000 pada hari yang sama.
Sekarang Pandora telah mengasaskan model bisnes yang paling berjaya dan berkembang menjadi perkhidmatan radio digital yang diminati ramai. Setelah selesai versi pertama Radio Pandora, semua ahli team berkata pada diri sendiri,”Ini benar-benar hebat.”
“Kami memang sentiasa yakin bahawa produk ini akan menemukan “rumah”nya (finds its home),” kata Westergren. Keyakinan inilah yang membuatkan Westergren bertahan.
“Sehingga ke hari ini, kami mengirim ratusan ribu e-mail setiap bulan kepada pendengar kami. Kami menjawab setiap pertanyaan mereka secara peribadi, dan kebanyakannya untuk menunjukkan rasa terima kasih kami kepada mereka.
Jika anda sekali ditolak oleh pelabur, ingat, usahawan berjaya ini pernah ditolak 300 kali.