SEPANGGAR: Kepelbagaian warna pada burger hipster yang dijual di gerai makanan sempena Hari Terbuka Politeknik Kota Kinabalu (PKK) menjadi daya penarik kepada orang ramai yang berkunjung di sana sejak semalam.
Menurut peniaga, Nur Hafizah Dillah, 31 permintaan untuk burger hipster amat menggalakkan sejak beliau mula memberanikan diri menjualnya beberapa bulan lepas.
“Saya memulakan perniagaan pada awal tahun ini dengan berniaga kopi hipster dan bila saya dapat tahu ada pembuat roti yang membekalkan roti burger pelbagai warna, saya tertarik untuk menjualnya untuk digandingkan dengan kopi saya,” katanya.
Beliau banyak menerima respon positif daripada pelanggan yang memuji keunikan dan kesedapan burger tersebut hingga ada yang berasa berat hati untuk makan kerana warnanya yang cantik.
“Selain warna bun yang cantik, rasa daging burger buatan sendiri itu juga turut bantu melariskan jualan saya hasil daripada beberapa kali eksperimen sehingga mendapat rasa yang tepat,”katanya.
Kata Nur Hafizah, berniaga burger merupakan satu platform untuk kita melangkah satu langkah kehadapan, tapi ia hanya akan membantu jika seorang peniaga itu berani.
“Idea dan yang paling penting usaha pada saya sangat membantu terutamanya golongan bumiputra lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang mencabar ni,”ujarnya.
Dalam pada itu, Pengarah PKK, Zainab Othman mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke Hari Terbuka Politeknik KK yang bermula 6 hingga 12 Ogos ini.
Menurutnya, pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang tujuh hari program tersebut dijalankan seperti Pertandingan Sabah Voice dengan penampilan istimewa kumpulan Atmosfera, Street Soccer, Horse Riding, Raja Busking, Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Robotic Exhibition dan banyak lagi. “Kami juga menyediakan gerai-gerai jualan dimana kita menggalakkan pelajar-pelajar PKK untuk terlibat sama berniaga untuk melahirkan pelajar yang holistik dan berciri keusahawanan,”katanya.
Tambahnya, Sempena Istiadat Konvokesyen PKK yang ke-21 pada selasa, PKK juga akan mengadakan Karnival Kerjaya Teknikal dan Vokasional (TVET) yang akan berlangsung pada 11 dan 12 Ogos ini. Sebanyak 650 peluang pekerjaan yang ditawarkan dari 10 syarikat akan membuat temuduga pada hari tersebut serta 50 buah pameran daripada pelbagai agensi.
“Dengan itu, kami menggalakkan mereka yang berminat untuk mencari pekerjaan agar datang dengan pakaian yang sesuai bersama resume dan segala yang diperlukan untuk membantu temuduga itu nanti,”ujar Zainab.
Tambah istimewa, Istiadat Konvokesyen itu juga akan dihadiri oleh Yang Di Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar bin Datuk Mahiruddin bersama Toh Puan Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni yang akan menyampaikan penganugerahan kepada sebahagian daripada 611 graduan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan